Laman Utama arrow Testimoni

Banyak memberi pengajaran dan manfaat kepada saya. Dengan idea-idea yang bernas daripada En. Amin, dapat membantu meningkatkan tahap kendiri saya untuk menjadi pekerja yang lebih cekap dan berkualiti.
(Noriha bt. Abdul Rahman, MARA)

 

Trainer yang mempunyai daya tarikan yang sangat kuat dan unik. Itu yang buat semua audience memandang dan menumpukan perhatian kepada beliau tanpa berkelip. Isi program yang padat dan tidak meleret-leret. Perwatakan ceria dan bersahaja, tidak bosan, banyak buat lawak, audience tidak mengantuk. Selamat maju jaya.
(Zafirah, MARA)

 

What most important in every talk is to make people listen and you did a great job. Congratulation, very entertaining! Most important, we not only know ‘what’, but we know ‘how’!
(Azlinda, MARA)

 

Saya amat berpuas hati dengan penampilan, nada dan gaya Amin Idris yang penuh karismatik dan pandai membuat pendengar tidak boring, fakta-fakta yang saudara yang berikan amat bernas dan ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti praktikal.

Lt.M Mohd Arif Bin Mohd Zain

Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam

 

Progam yang baik. Cara penyampaian yang menarik dan tidak membosankan. Malah peserta mula bertemu jawapan tentang tindakan selepas program.

Puan Zanariah

Penolong Pengarah

Jabatan Pendidikan Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Pendekatan yang dibawa oleh En. Amin adalah lain daripada yang lain. Satu pembawan yang berkesan dan berjaya embuat audiens setia dan semua info yang disampaikan adalah segar.

En. Mohd Fairus

Pegawai Penyelidik

Jabatan Pendidikan Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Pengisian program kendalian AITC adalah baik. Perlaksanaan dan perjalanan program juga baik. Penyampaian oleh En. Amin cemerlang!

Tuan Fakhrul Azman b. Hj. Abdul Ghaffar

Pen. Pegawai

Unit Latihan & Kerjaya MARA

Wilayah Persekutuan 

 

Program sebegini yang dilaksanakan oleh AITC dapat memantapkan lagi semangat di antara usahawan-usahawan untuk terus menghadapi cabaran dalam mengharungi dunia perniagaan di masa akan datang. Suntikan semangat dan kemahiran yang diberi adalah sangat berguna dan perlu diberikan lagi secara berterusan untuk menjamin kualiti usahawan yang dibagunkan bagi mencapai standard MARA.

Puan Wan Munirah bt. Wan Abdullah Sabary

Ketua Pen. Pengarah

Pusat Usahawan MARA (PUSMA)

Wilayah Persekutuan

 

Satu program yang sangat membina, konsep Magnet Diri dicetuskan dari konsep saintifik sebuah magnet menjadi konsep untuk membina diri melalui perubahan diri untuk mengubah, menarik daya serta menatijahkan pengaruh luar biasa.

 

Modul kepimpinan dan bijak belajar dapat membantu para pelajar memahami cara yang terbaik dan berkesan sebagai seorang pelajar dan pemimpin melalui modul Magnet Diri.

Tuan Mohd Zul Fahmi b. Mohd. Zawawi

Pensyarah

Jabatan Kejuruteraan elektrik

Politeknik Sultan Idris Shah

 

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Input-input yang diberikan wajar kerana dapat menyentuh jiwa peserta dan mampu member kesedaran dalam diri peserta.

Tuan Fairul Rafiq b. Zainudin

Pen. Pegawai Ehwal Ekonomi

Pusat Usahawan MARA (PUSMA)

Wilayah Persekutuan

 

Pengisian program menepati objektif seperti yang dirancang. Juga penggunaan bahan-bahan peralatan teknologi yang mampu menarik minat dan tumpuan pelajar untuk setia mengikuti program ini. Gaya penyampaian maklumat oleh En. Amin menepati citarasa golongan remaja dan turut diselitkan dengan unsur jenaka yang menjadikan perjalanan keseluruhan program ini sangat berkesan dan tidak membosankan.

Puan Norazimah bt. Hj. Abdul Rahman

Guru Kaunseling & Ketua Warden

SMT (ERT) Setapak